??...??

??...??
simple make easy

Follow Me on..:



Instagram

Thursday, August 9, 2012

how many truth you and your partner

: : setiap manusia pernah ada melakukan kesilapan masing-masing termasuk kepada pasangan masing-masing. tapi pernahkah kita ungkapkan pada pasangan kita tentang rahsia yang terbuku dihati yang tak pernah dia tahu dan tak ada orang lain yang tahu tentang rahsia kita yang terkunci rapat  . . . sepatutnya kita haruslah berkongsi rahsia kita dengan orang yang kita sayang supaya nanti tak akan berlaku perkara yang tak diingini walau pun ada sesetengah rahsia itu tak boleh dikongsi. . . kalau sayang siDia . . . ceritalah rahsia yang patut dikongsi bersama : :

Saturday, July 7, 2012


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda menjadi seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah, sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.